
PLOT:
5 bekas isteri. 1 cinta sejati. Ada berani? Hafiz merupakan seorang lelaki yang percayakan cinta, tetapi malang dalam percintaannya. Di awal zaman remajanya dulu, dia telah ditangkap basah sehingga menyebabkan dia dipaksa berkahwin dengan seorang perempuan yang berperwatakan tomboy. Sungguhpun tiada rasa cinta, persamaan yang ada pada mereka menjadikan hidup Hafiz gembira.
Malangnya, selepas ibu Hafiz nampak bagaimana Hafiz dan ’isterinya’ sama-sama mengorat wanita lain, ’hubungan’ mereka itu akhirnya menjadi masalah. Hafiz melepaskan isteri pertamanya, dan menyerahkan tugas mencari isteri kedua, kepada ibu bapanya. Ibu bapa Hafiz mencari pula seorang calon isteri yang taat dan patuh. Pada peringkat permulaannya, Hafiz memang suka sekali mendapat isteri yang suka melayannya, tetapi lama-kelamaan, dia rimas sekali dengan sikap isterinya yang semakin hari, semakin robotik tanpa sebarang perasaan. Jodoh mereka berakhir juga. Calon isteri ketiga Hafiz merupakan seorang wanita kaya dan sombong bernama Sophie?