Home » » Hantu Bungkus Ikat Tepi

Hantu Bungkus Ikat Tepi


Sinopsis :Cerita ini mengisahkan tentang tiga orang rakan baik, Fuad (Tauke Jambu), Fadli (Yus Jambu) dan Fendi (Abam Bocey), masing-masing mempunyai pekerjaan yang sederhana. Karakter mereka nampak seperti berani namun sebaliknya ketiga-tiga mempunyai personaliti berlawanan. Kisah bermula apabila mereka secara tidak sengaja menjumpai seorang lelaki yang berlumuran darah di tengah jalan. Ketika berdepan dengan suasana yang panik itu, mereka mengambil keputusan untuk membungkus dan menanam mayat lelaki tersebut di satu kawasan terpencil. Sebagai tanda, mereka membungkus serta mengikat tepi kain di kepala mayat itu. Selepas kejadian tersebut, mereka sering kali diganggu dengan kehadiran hantu bungkus ikat tepi yang sentiasa ada di sekeliling mereka. Pelbagai peristiwa membawa kepada petanda-petanda pelik, membuatkan mereka lagi panik dengan keadaan semasa. Kehadiran Mimie (Nora Danish), jiran sebelah rumah yang pada mulanya hanya ingin membantu, namun akhirnya turut sama terjebak dalam perjalanan mereka mencari penyelesaian kepada masalah yang dihadapi itu. Dalam pencarian mereka, pelbagai perkara seram dan lucu berlaku sehingga mereka menjejakkan kaki ke Highland Tower untuk mendapatkan maklumat. Adakah mereka dapat menjejaki pembunuh mayat tersebut? Adakah mereka semua selamat? Apa yang akan berlaku kepada mereka berempat?

Tonton Online:
KLIK SINI
Share this article :
 
Cool Blue Outer Glow Pointer