Home » » Ia Wujud

Ia Wujud

Sinopsis:
Mimaland yang ditutup sekitar tahun 1994 terkenal dengan jolokan antara 10 tempat paling menakutkan di negara ini membuatkan penulis kagum dengan semangat dan keberanian mereka dalam mencari kebenaran tentang cakap-cakap cerita seram mengenai taman tema itu selama ini.

Bersandarkan kepada konsep ‘found footage’, Ia Wujud adalah sebuah karya yang baik dan tidak kelihatan seperti dirancang atau dibuat-buat malah kesemua pelakon yang ditampilkan bukanlah pelakon sebaliknya hanya orang biasa.

Penampilan Zakaria Zahir, 27, misi itu turut disertai oleh Ahmad Syafiq Khairul Anuar (Mat), 22, Mohd Khairul Anam Aziz (Anam), 23, Muhammad Arif Adam Mohd Fadlee (Arif), 20 dan Tommy Jimmy (Tom) cukup bersahaja dan berbekalkan beberapa buah kamera mereka berjaya mengumpul rakaman menarik malah cukup menyakinkan.

Visual asal hampir lima jam yang berjaya dikumpul kelima-lima mereka diolah dan disunting oleh pengarah Dharma Aizat bagi menjadikan filem itu lebih menyakinkan dan menarik.

Malah Dharma berjaya menyerlahkan karakter kelima-lima watak dalam filem berkenaan yang mempunyai keistimewaan masing-masing dan langsung tidak kelihatan seperti dibuat-buat.

Paling menjadi perhatian adalah Anam seorang lelaki berperwatakan lembut dan paling banyak menimbulkan kerenah namun memberi warna kepada filem ini.
 
Tonton Online:
KLIK SINI
Share this article :
 
Chrome Pointer