Home » » Fear Factor Malaysia 2 (2014)

Fear Factor Malaysia 2 (2014)


Kumpulan A
Ungku Ismail & Fify
Syed Ali & Tatt
Norman Hakim & Zarina
Nas T & Khairul
Ryzal Jaafar & Sam
Sari Yanti & Anbia
Dira Abu Zahar & Azura
Erin Malek & Redha

Kumpulan B
Izzue Islam & Emri
Shuib Sepahtu & Zakaria
Zain Saidin & Akmal
Bambang Soteto & Faisal
Shah Iskandar & Kartini
Yana Shamsudin & Janice
Azura Zainal & Rechel
Thanuja & Joy


Sinopsis
Fear Factor Malaysia kini kembali lagi dengan pelbagai ujian lebih mencabar dan peserta baru yang bakal berentap untuk merebut gelaran juara. Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Encik Raqim Ahmad berkata Fear Factor kali ini masih lagi mengekalkan format lama namun terdapat juga sedikit kelainan yang bakal ditonjolkan dalam program tersebut. “Format lama masih lagi dikekalkan, namun terdapat sedikit kelainan untuk musim ini dimana kami telah membuka penyertaan kepada peminat untuk digandingkan bersama selebriti kegemaran mereka…

“Pemilihan peserta dijalankan melalui sesi saringan yang ketat dan teliti… Masing-masing mempunyai kekuatan dan keunikan tersendiri, kami percaya mereka mampu untuk memberikan impak yang menarik untuk musim ini,” ujarnya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan barisan peserta Fear Factor Malaysia di Talent Lounge, Menara Bata, pada Selasa. Seramai 16 pasangan yang telah dipilih untuk menjayakan musim ini akan dibahagikan kepada dua kumpulan di mana setiap pasangan terdiri daripada selebriti dan peminat. Kesemua mereka bakal melalui cabaran serta ujian ketahanan mental dan fizikal yang telah disediakan bagi menentukan pasangan mana yang mampu bertahan sehingga berjaya merebut gelaran juara.

Sebanyak 26 episod akan ditayangkan berselang-seli menerusi dua rangkaian program yang berbeza iaitu Fear Factor Malaysia yang menyaksikan tiga peringkat cabaran harus dilalui oleh peserta manakala Akses Fear Factor Malaysia pula akan menampilkan kejadian menarik yang berlaku sepanjang penggambaran. Seperti musim sebelumnya, pihak Astro masih lagi mengekalkan pelakon terkenal, Aaron Aziz sebagai hos selain sebahagian besar penggambaran dijalankan di Afrika Selatan.

 Tonton online:

Episod 1 KLIK SINI
Episod 2 KLIK SINI
Episod 3 KLIK SINI
Episod 4 KLIK SINI
Share this article :
 
Cool Blue Outer Glow Pointer