Home » » Kl Gangster 2

Kl Gangster 2

Sinopsis:
KL Gangster 2 mengisahkan dua beradik iaitu Malek dan Jai terjebak dalam dunia samseng setelah kematian bapa mereka 10 tahun lalu. Sejak kematian si bapa, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan dan mereka juga sering ketakutan gara-gara ugutan daripada kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka. Disebabkan kesempitan wang, Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja bagi mengubah nasib hidupnya walaupun mendapat tentangan hebat daripada keluarganya. Malek semakin buntu memikirkan masalah yang dihadapi, lebih-lebih lagi apabila laporan doktor mengesahkan ibu mereka mengidap barah. Keadaan bertambah perit apabila adiknya, Zati diperkosa oleh Tailong (Rosyam Nor) seorang gangster besar di KL dan giat menjalankan kegiatan haram, semua gangster-gangster akur dengan perbuatan Tailong yang digeruni kerana kekuasaan pengaruhnya. King (Ridzuan Hashim) dan Shark(Syamsul Yusof) merancang untuk mengukuhkan kedudukan mereka dan cuba menjatuhkan Tailong. Mereka telah mendapatkan bantuan Malek yg jugak rakan baik King. Malek ditawarkan ganjaran yang besar, Malek tidak menolak kerana memikirkan kos perubatan yang perlu ditanggung untuk merawat ibunya. King mula kuat dan berpengaruh dengan bantuan Malek, tetapi Malek telah dibenci dan dihalau oleh ibunya kerana tidak menyukai perbuatannya terlibat dengan kegiatan gangster. Sementara itu Tailong rasa tergugat dan merancang untuk menhapuskan Malek dan King, berlaku lah pertempuran hebat antara Tailong dan kumpulan King, mereka hampir kalah kepada Tailong tetapi terselamat apabila polis tiba. Malek ternampak tatto di badan Tailong sama dengan tatto pembunuh ayahnya, dan bermulalah dendam Malek kepada Tailong. Berjayakah Malek membalas dendam atas kematian ayahnya di tangan Tailong dan apakah kesudahannya?

Tonton Online:
Klik Sini
Share this article :
 
Cool Blue Outer Glow Pointer